Wednesday, June 28, 2006

Segelintir TYPICAL manusia..

Segelintir manusia di hujung kuku hanya pandai berkata-kata tanpa memikirkan apa itu erti kata hidup yang sebenarnya.. Aku dah lama diam dari hingar bingar umpama seekor naga yang tidur dari kebrutalan namun telinga ini mendengar dan mata ini melihat apa yang sedang berlaku di sana dan di sini.
Usah menilai orang lain pada hanya satu topik.. Nilaikan keseluruhan kehidupan, keperihan dan segala yang orang lain hadapi. Kalau kita manusia yang prihatin dan sensitif pada HUMANITY, kita takkan angkat pot untuk hentam orang lain hanya semata-mata untuk menampakkan diri kita handal sedangkan kita ni semua perlu merangkak untuk jadi apa yang kita nak jadi..
This guy.. I don't remember his name.. memang kelakar. Dah hentam gua punye karya Dewa Cintaku pastu minta maaf dengan penuh rendah diri TAPI lepas tu dia boleh buat ulasan pulak dengan rasa tak puas hati lepas gua hantar mesej kat dia.. Aku tak pernah menilai kehebatan seseorang dari berapa banyak buku dia dah tulis atau nama yang besar dan aku tak pernah merendahkan seseorang dari umur yang muda atau kekurangan yang ada pada seseorang tu..
Memang bukan aku sorang yang perih harungi kehidupan tapi perih tu aku yang rasa.. bukan hanya berhempas pulas untuk terbitkan Dewa Cintaku tapi untuk gagahi hidup, membesarkan dua orang anak dari suami yang tak pernah fikir untuk cari duit bagi anak-anak makan!! Shit man!!
Mungkin aku dianggap hanya pentingkan sales yang baik untuk Dewa Cintaku semata-mata untuk kepentingan diri aku tapi mamat ni tak fikir sumbangan untuk orang-orang miskin kat luar sana lebih banyak dari royalti aku.
Nama Ahadiat Akasyah dikaitkan sebagai penulis yang mencemar bahasa sama macam aku. Apsal nak belasah orang tak pasal-pasal? Tak sayang ke jari jemari yang perlu menaip kekunci komputer tu...? Memang kami gunakan bahasa pasar untuk dailog berdasarkan watak tertentu tapi penceritaan tak begitu. Dailog selari dengan watak dan situasi dan generasi hari ini dan bukan novel kami je yang macam tu. Novel orang lain pun sama. Aku baca novel sasterawan tanahair dan aku enjoy tapi aku perlu letakkan diri aku sebagai aku yang tak setaraf dengan mereka yang aku anggap indah.
Selama ni, aku memang dah lama rilek...TAPI hari ni aku takkan bagi can pada hama-hama yang biadab ni untuk terus mengkritik bangang pada karya orang lain. Aku selalu ingat SATU perkara.. Kalau orang tak kacau aku, aku tak mungkin akan kacau orang tapi kalau orang kacau aku..aku takkan segan-segan untuk bertindak balas..

Sunday, May 28, 2006

Don't give a shit !!

I really don't give a shit towards critics. Especially 'bout my Dewa Cintaku but I do appreciate beautiful people who loves my Dewa Cintaku.

Dewa Cintaku lahir dari sebuah kepayahan. Ramai yang sangka, novel pertama dari saya, bererti saya masih mentah di dalam bidang penulisan.. Tambah pula at one time, I was a female rock vocalist.. So, ramai yang sangka lahirnya Dewa Cintaku berdasarkan nak kejar glamour, nak jadi penulis pulak konon ! Salah tu.. I drove thru shits to make this happen tau.. Ya, Rosyam Nor memang my cousin but it took me a year to make him publish this novel.. N' I'm no rich woman yang kejar glamour dengan penulisan..remember that, guys n' girls..

Karya saya adalah untuk tatapan pencinta budaya seni.. Alhamdulillah, 50 thousand copies sold, feed back dari pembaca bukan memuji cover novel Dewa Cintaku yang mempamirkan model seorang aktor ternama. Then you guys should what they like, kan..? BUT dalam 50 thousand readers, ada 3 orang yang belasah penulisan saya untuk Dewa Cintaku dan ketiga-tiga orang itu adalah penulis.. Dorang ni kata, I'm lame in writting coz' ini novel pertama..so sbb tu I'm not really good at it.. Well..what can I say.. Dah adat..orang yang tak dapat tempat, sure ada rasa dengki lah.. :) Hey..wake up lah.. leave orang lain in peace lah.. Ape laa.. I've been writting scripts for movies and tv dramas since 1993.. Tak pernah kutuk penulis lain.. Sikit2 punye hal mcm salah edit pun nak komplen ke..?Apsal nak masuk pasir dlm periuk nasik orang?
Rilek aaa..

Hey, thanks to all yang suka n' bought my Dewa Cintaku ! Luv you guys.. Tabung Bersamamu TV3 jugak say thanks.. RM3 dah masuk tabung Bersamamu. Orang2 susah kat luar sana, dpt merasa duit koranx.. hEY, many many thanx aaaa..

Luv,

Dilla Hussein

P/S I'll be back with a new novel soon.. Muaaaachhhs !
Melakar di langit
mengharapkan ditemani seribu bintang
mengharapkan dimandi cahaya suria..
Kejora, suria berkejaran
bersama satu pengharapan
namun tiada pertemuan
yang bisa menyamankan..
Mata dan hati hanya memandang langit
yang saban waktu menemani
dan hanya mereka di langit yang memahami
sebuah jiwa, sebuah rasa
yang mahu ditemani
sejak dia pergi..